Kaldnes K1 Media Filter

Home » » Kaldnes K1 Media Filter

Wednesday, 10 July 2013


Kaldnes K1 media filter merupakan satu media yang digunakan di dalam alat penapisan air tercemar untuk menguraikan kandungan ammonia yang sangat beracun di dalam air. Kandungan ammonia yang terkandung dalam air berpunca daripada
banyak sebab. Antaranya disebabkan hasil buangan daripada hidupan air seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.

Dalam bidang penternakan, Kaldnes K1 media digunakan untuk menguraikan kandungan ammonia dalam air yang dihasilkan oleh ternakan seperti ikan. Di rumah juga media ini turut digunakan untuk menguraikan kandungan ammonia yang dihasilkan oleh ikan seperti ikan koi, kelah, arowana, kaloi udang, pari dan sebagainya.

Kaldnes K1 media ini dibangunkan oleh Profesor Halvard Odergard di Trondheim. Kaldnes K1 ini diciptakan untuk bergerak didalam air dan membolehkan media ini berfungsi dengan baik untuk menghasilkan bakteria baik semaksimum mungkin untuk menyingkirkan ammonia didalam air. Ini kerana, dengan pergerakannya di dalam air, ia akan menyingkirkan bakteria yang telah mati dan sekaligus memberi peluang kepada bakteria yang masih hidup untuk terus membiak dan mengembangkan koloninya.

Selain itu, dengan menggunakan Kaldnes K1 dengan sebetulnya, kita tidak perlu melakukan penyelenggaraan untuk membersihkan filter media ini kerana ia mampu untuk membersihkan dirinya sendiri hasil daripada pergerakannya dan tembakan pam udara terhadapnya.

Hasil keluasan keseluruhan Kaldnes K1 ini adalah 800m2 dan keluasan permukaan terlindung adalah seluas 500m2. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Kaldnes K1 media ini, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah baca sendiri disini. Sekian terima kasih.

2 comments :

fazrulnizam said...

Ada jual online tak k1/k3 filter ni?

Reply To This Comment
Mohd Sharifuddin said...

@fazrulnizamCik boleh hubungi 019 7195 577 (En. Adam Hafiz Amin) untuk dapatkan Kaldnes K1 media tu..

Reply To This Comment