Ikan Paus (Whale)

Home » , , , » Ikan Paus (Whale)

Thursday 18 July 2013


Paus merupakan sejenis mamalia yang tinggal di dalam laut tetapi paus tidak tergolong dalam kategori ikan walaupun keseluruhan fizikalnya hampir menyerupai ikan. Sebagai mamalia, paus mempunyai ciri-ciri seperti bernafas menggunakan paru-paru, berbulu, berdarah panas, mempunyai empat ruang jantung dan
mempunyai organ penyusuan. Antara paus-paus yang dikenal pasti ialah Paus Bryde, Paus Buding, Paus Nayan, Paus Sirip Pendek, Paus Sei, Paus Biru dan Paus Bongol

Paus purba dikatakan berevolusi kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu paus terawal yang dikatakan telah pupus ialah dari jenis Basilosaurus yang mempunyai kepala yang agak kecil. Muncung paus ini juga dikatakan menonjol dan mempunyai gigi. Ikan paus ini boleh mencapai saiz sehingga 25 meter panjang.

Daripada tinggalan fosil yang dijumpai, kemungkinan besar paus berasal daripada haiwan darat yang mempunyai kuku seperti Mesonychid yang tinggal disisi pantai seperti serigala yang beransur-ansur kembali tinggal dilaut pada 50 juta tahun dahulu.

Seperti mamalia lain, paus memerlukan udara untuk bernafas dipermukaan air. Paus bernafas dengan menggunakan lubang pancutan pernafasan yang terdapat pada bahagian atas badannya. Oleh kerana habitatnya di dalam air, ia perlu menetapkan masanya untuk bernafas. Oleh itu, paus tidak boleh tidur terlalu lama kerana paus perlu naik ke permukaan untuk bernafas. Dipercayai hanya separuh daripada otak paus akan tidur dan ini membolehkan ikan paus masih boleh berehat dalam keadaan separuh sedar.

Paus mempunyai saiz badan yang sangat besar dan bunyi yang dihasilkan sangat kuat bergantung kepada jenis spesis. Paus dikatakan berkomunikasi dengan bunyi yang berirama atau dengan kata lain nyanyian paus. Dikatakan bunyi yang dihasilkan oleh paus ialah 20, 000 wat akustik bunyi pada 163 desibel.

Paus betina hanya melahirkan seekor anak dan masa menyusu anaknya melebihi satu tahun bagi kebenyakan spesis paus. Proses pendewasaan paus ini dikatakan sangat lambat sehingga mencecah 7 hingga 10 tahun. Walaupun paus melahirkan sedikit zuriat, tetapi keberangkalian mereka untuk hidup di dalam dunia hidupan liar adalah tinggi.

Berkenaan dengan paus jantan pula, alat kelaminnya akan dimasukkan kedalam rongga badannya ketika berenang untuk penyelarasan dan mengurangkan seretan air. Manakala paus betina pula merupakan haiwan yang mempunyai banyak pasangan setiap kali musim mengawan. Ketika melahirkan anak, untuk mengelakkan risiko lemas, anak paus akan mengeluarkan ekornya terlebih dahulu dan ketika penyusuan, ibu paus akan memancutkan susunya secara berterusan seperti ubat gigi bagi mengelakkan susu tersebut hilang di dalam air.

0 comments :