EZ Jet Water Cannon

Home » » EZ Jet Water Cannon

Wednesday 12 June 2013



EZ Jet Water Cannon merupakan satu alat yang mampu meningkatkan tekanan air sebanyak 30 hingga 50 peratus daripada tekanan asal air yang sedia ada tanpa menggunakan kuasa elektrik. Alat ini mempunyai 8 nozel yang berlainan fungsi dimana ianya boleh diubah mengikut keperluan penggunaannya.

EZ Jet Water Cannon merupakan satu alat yang Menggabungkan kuasa
sebuah mesin basuh bertekanan dengan menyalurkan satu hos pada alat tersebut. Alat ini boleh digunakan untuk membersihkan kotoran pada longkang, tingkap, bahagian luar rumah, kereta, bot, kaki lima dan pintu gelongsor.

Alat ini juga dilengkapi dengan satu tabung untuk diisi dengan sabun dimana ianya akan dicampurkan dengan air secara automatik semasa mencuci. Tabung ini juga boleh digunakan untuk diisi dengan baja dimana ianya juga boleh digunakan dalam bidang pertanian. Dengan meenggunakan alat ini, ianya mampu meringankan beban kita semasa melakukan kerja harian.

Diharapkan para pengunjung tidak berasa bosan dapat mengumpulkan lebih info dengan melawati blog ini pada masa akan datang. Terima kasih kerana sudi melawati blog yang masih baru ini.

0 comments :